Tuesday, April 16, 2024

Create Digital Signature using Adobe Acrobat PDF

 Create Digital Signature / Tanda tangan Digital dengan mengunakan Adobe Acrobat PDF

Nak cepatkan proses kerja?
Nak kene hantar dokumen cepat dalam emel?

Dalam video ini, aku nak tunjuk cara nak buat tanda tangan atau sign digital menggunakan Adobe Acrobat dan edit , insert pada dokumen PDF.

Langkah-langkah nya seperti di bawah ini:
1. Download Acrobat & install 2. Buka PDF



3. Klik Fill Sign



4. Buat Sign Anda





5. Set Sign 6. Save


Korang boleh tengok video ni & jangan lupe Subscribe ye. Penat aku buat. Huhuhu






















Cara Buat Sijil Digital E-Sijil (e-cert) Guna Google Form Dengan Nombor Siri

Nak buat e-sijil lepas program dengan cepat?

Nak e-sijil di emel ke peserta terus auto?

Nak e-sijil ada nombor siri?

Generate E-Sijil (e-cert) With Auto Series Number Using Google Form

Menjana esijil atau sijil digital dengan nombor siri Dalam tutorial ini dikongsikan cara mudah buat sijil online, sijil digital atau e-certificate ecert dengan guna atau menggunakan google form. Ia disertakan dengan auto jana nombor siri ( auto series number) untuk setiap sijil digital tersebut.


Dengan Google Form, korang kene buat borang online untuk dapatkan nama peserta, No KP dan emel. Email ini akan digunakan untuk hantar ecert sijil digital dalam bentuk PDF ke peserta.



Untuk template sijil mudah korang boleh menggunakan canva dan di save dalam Google drive. ( boleh tengok video) cara-cara nak design template sijil.

Pada Google sheet data, addon Autocart akan digunakan untuk merge data ke template sijil. Selepas semua peserta siap mengisi borang, boleh tekan RUN pada Autocrat utk jana sijil digital (online) dan terus dihantar ke email peserta. Peserta boleh cek emel dan boleh muat turun serta cetak sijil masing2.


Ni adalah Formula auto nombor siri , so korang boleh copy paste formula di bawah ni dalam column nombor siri dalam google sheet.

=ARRAYFORMULA ("ABC" & text (ROW (B1:INDEX (B:B, COUNTA (B:B)-1)), "000"))


Korang boleh tengok video ni & jangan lupe Subscribe ye. Penat aku buat. Huhuhu




Cara RENEW Road Tax Cukai Kenderaan Online MySikap JPJ

Cukai Motor Kereta mati ke tu? Malas nak ke JPJ or Pej Pos? Online kan ade! Dalam post ini, aku akan ditunjukkan cara atau kaedah permbaharuai cukai atau RENEW Roadtax Cukai Kenderaan individu atau LKM secara Online atau atas talian untuk rakyat Malaysia yang ade kenderaan melalui portal pembayaran MySikap JPJ atau Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. 

Korang just boleh ke portal atau website MySikap JPJ : https://public.jpj.gov.my/



Step-step Guna MySikap JPJ:

1. Login / Daftar 

2. Klik Profil

3. Klik nombor kenderaan anda 

4. Paparan e-roadtax akan dikeluarkan

5. Tunjukkan qrcode jika ada pemeriksaan jalan

Korang jugak boleh memeriksa e-roadtax dalam apps MySikap utk setiap kenderaan anda. Tapi kene download dalam smartfon korang.




Korang boleh skrin shot je bahagian e-roadtax tu. Senang korang tunjuk time kene roadblock , takyah nak bukak apps time internet slow ke. 

Korang boleh tengok video ni & jangan lupe Subscribe ye. Penat aku buat. Huhuhu




Monday, April 15, 2024

Create a Multiple Choice Grid Scale Feedback Form using Google Forms

Create a Multiple Choice Grid Scale Feedback Form using Google Forms

Biasanye lepas program  atau aktiviti, boss korang nak report, CQI lah kan dari peserta?!

So, ni aku kongsilan cara membina borang online maklum balas atau feedback dari peserta untuk sebarang aktiviti / program bagi menilai perlaksanaan aktiviti tersebut. 

Ia mempunyai berskala 1-5  atau skor /gred dengan menggunakan google form. Sebagai contoh kebiasaannya skala berbentuk spt di bawah:

Skor      Gred

1            Sangat tidak memuaskan

2            Tidak memuaskan

3            Sederhana memuaskan

4            Memuaskan

5            Sangat memuaskan



Ia menggunakan kaedah Multiple Choice Grid yang ada pada google form. yang sudah tersedia. 


Korang tukar bentuk soalan kepada Multiple Choice Grid (1) , then korang sediakan soalan dan item pada ROWS (2) . Lepas tu isi COLUMS dengan skala 1-5. 

Last sekali, korang swipe toggle (4) ke kanan untuk set user wajib isi setiap row. Butang titik 3 tu biarkan tak yah usik. 


Contoh di atas ni, aku dah tambah soalan dan item dia. Gambar di bawah ni pulak , korang boleh dapat kan result responden. So boleh lah guna untuk pelaporan atau CQI untuk progam aktiviti akan datang. 




Kalau korang tak faham, tengok video ni je lah. Jangan lupe SUBSCRIBE ye. Kasihanilah aku hahaha. Okay Kbai. 








Create Digital Signature using Adobe Acrobat PDF

  Create Digital Signature / Tanda tangan Digital dengan mengunakan Adobe Acrobat PDF Nak cepatkan proses kerja? Nak kene hantar dokumen cep...