Tuesday, April 16, 2024

Cara Buat Sijil Digital E-Sijil (e-cert) Guna Google Form Dengan Nombor Siri

Nak buat e-sijil lepas program dengan cepat?

Nak e-sijil di emel ke peserta terus auto?

Nak e-sijil ada nombor siri?

Generate E-Sijil (e-cert) With Auto Series Number Using Google Form

Menjana esijil atau sijil digital dengan nombor siri Dalam tutorial ini dikongsikan cara mudah buat sijil online, sijil digital atau e-certificate ecert dengan guna atau menggunakan google form. Ia disertakan dengan auto jana nombor siri ( auto series number) untuk setiap sijil digital tersebut.


Dengan Google Form, korang kene buat borang online untuk dapatkan nama peserta, No KP dan emel. Email ini akan digunakan untuk hantar ecert sijil digital dalam bentuk PDF ke peserta.



Untuk template sijil mudah korang boleh menggunakan canva dan di save dalam Google drive. ( boleh tengok video) cara-cara nak design template sijil.

Pada Google sheet data, addon Autocart akan digunakan untuk merge data ke template sijil. Selepas semua peserta siap mengisi borang, boleh tekan RUN pada Autocrat utk jana sijil digital (online) dan terus dihantar ke email peserta. Peserta boleh cek emel dan boleh muat turun serta cetak sijil masing2.


Ni adalah Formula auto nombor siri , so korang boleh copy paste formula di bawah ni dalam column nombor siri dalam google sheet.

=ARRAYFORMULA ("ABC" & text (ROW (B1:INDEX (B:B, COUNTA (B:B)-1)), "000"))


Korang boleh tengok video ni & jangan lupe Subscribe ye. Penat aku buat. Huhuhu




No comments:

Post a Comment

Create Digital Signature using Adobe Acrobat PDF

  Create Digital Signature / Tanda tangan Digital dengan mengunakan Adobe Acrobat PDF Nak cepatkan proses kerja? Nak kene hantar dokumen cep...