Create Digital Signature / Tanda tangan Digital dengan mengunakan Adobe Acrobat PDF
Tuesday, April 16, 2024
Create Digital Signature using Adobe Acrobat PDF
Cara Buat Sijil Digital E-Sijil (e-cert) Guna Google Form Dengan Nombor Siri
Nak buat e-sijil lepas program dengan cepat?
Nak e-sijil di emel ke peserta terus auto?
Nak e-sijil ada nombor siri?
Generate E-Sijil (e-cert) With Auto Series Number Using Google Form
Menjana esijil atau sijil digital dengan nombor siri Dalam tutorial ini dikongsikan cara mudah buat sijil online, sijil digital atau e-certificate ecert dengan guna atau menggunakan google form. Ia disertakan dengan auto jana nombor siri ( auto series number) untuk setiap sijil digital tersebut.
Dengan Google Form, korang kene buat borang online untuk dapatkan nama peserta, No KP dan emel. Email ini akan digunakan untuk hantar ecert sijil digital dalam bentuk PDF ke peserta.
Untuk template sijil mudah korang boleh menggunakan canva dan di save dalam Google drive. ( boleh tengok video) cara-cara nak design template sijil.
Pada Google sheet data, addon Autocart akan digunakan untuk merge data ke template sijil. Selepas semua peserta siap mengisi borang, boleh tekan RUN pada Autocrat utk jana sijil digital (online) dan terus dihantar ke email peserta. Peserta boleh cek emel dan boleh muat turun serta cetak sijil masing2.
Ni adalah Formula auto nombor siri , so korang boleh copy paste formula di bawah ni dalam column nombor siri dalam google sheet.
=ARRAYFORMULA ("ABC" & text (ROW (B1:INDEX (B:B, COUNTA (B:B)-1)), "000"))
Korang boleh tengok video ni & jangan lupe Subscribe ye. Penat aku buat. Huhuhu
Cara RENEW Road Tax Cukai Kenderaan Online MySikap JPJ
Cukai Motor Kereta mati ke tu? Malas nak ke JPJ or Pej Pos? Online kan ade! Dalam post ini, aku akan ditunjukkan cara atau kaedah permbaharuai cukai atau RENEW Roadtax Cukai Kenderaan individu atau LKM secara Online atau atas talian untuk rakyat Malaysia yang ade kenderaan melalui portal pembayaran MySikap JPJ atau Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
Korang just boleh ke portal atau website MySikap JPJ : https://public.jpj.gov.my/
Step-step Guna MySikap JPJ:
1. Login / Daftar
2. Klik Profil
3. Klik nombor kenderaan anda
4. Paparan e-roadtax akan dikeluarkan
5. Tunjukkan qrcode jika ada pemeriksaan jalan
Korang jugak boleh memeriksa e-roadtax dalam apps MySikap utk setiap kenderaan anda. Tapi kene download dalam smartfon korang.
Korang boleh tengok video ni & jangan lupe Subscribe ye. Penat aku buat. Huhuhu
Monday, April 15, 2024
Create a Multiple Choice Grid Scale Feedback Form using Google Forms
Create a Multiple Choice Grid Scale Feedback Form using Google Forms
Biasanye lepas program atau aktiviti, boss korang nak report, CQI lah kan dari peserta?!
So, ni aku kongsilan cara membina borang online maklum balas atau feedback dari peserta untuk sebarang aktiviti / program bagi menilai perlaksanaan aktiviti tersebut.
Ia mempunyai berskala 1-5 atau skor /gred dengan menggunakan google form. Sebagai contoh kebiasaannya skala berbentuk spt di bawah:
Skor Gred
1 Sangat tidak memuaskan
2 Tidak memuaskan
3 Sederhana memuaskan
4 Memuaskan
5 Sangat memuaskan
Ia menggunakan kaedah Multiple Choice Grid yang ada pada google form. yang sudah tersedia.
Last sekali, korang swipe toggle (4) ke kanan untuk set user wajib isi setiap row. Butang titik 3 tu biarkan tak yah usik.
Create Digital Signature using Adobe Acrobat PDF
Create Digital Signature / Tanda tangan Digital dengan mengunakan Adobe Acrobat PDF Nak cepatkan proses kerja? Nak kene hantar dokumen cep...
-
Nak buat e-sijil lepas program dengan cepat? Nak e-sijil di emel ke peserta terus auto? Nak e-sijil ada nombor siri? Generate E-Sijil (e-cer...
-
Create a Multiple Choice Grid Scale Feedback Form using Google Forms Biasanye lepas program atau aktiviti, boss korang nak report, CQI lah ...
-
Create Digital Signature / Tanda tangan Digital dengan mengunakan Adobe Acrobat PDF Nak cepatkan proses kerja? Nak kene hantar dokumen cep...